Sunday, July 25, 2010

Fizikal Mental Emosional Spiritual



“Keresahan fizikal, mental, emosional dan spiritual, adalah satu mekanisma semulajadi yang ada di dalam diri sebagai mengajak kita untuk kembali ke asal. Letih fizikal mengajak kepada rehat untuk kembali ke tenaga asal, atau kembali ke ‘saiz asal’. Keresahan mental mengajak kepada pendamaian fikiran dengan memahami sesuatu pada asasnya. Keresahan emosional adalah manifestasi kerinduan justeru pulanglah ke asal di kampung, pulanglah kepada ibu dan bapa dan pulanglah ke rumah dan rumahtangga. Keresahan spiritual menandakan jiwa sudah jauh meninggalkan asal. Pulanglah kepada Tuhan, kerana asalnya kita dekat dengan Dia”

1 comments:

Kathy Leanne said...

The greatest and most well-known slot that you simply still can't play 카지노사이트 on-line at no cost, is the 3-reel wheel of fortune slots

Post a Comment